Thursday, 31 March 2011

Hijrah menuju Allah

If i haven' made it clear before, i'll make it clear now. I akan melakukan sejenis peng'hijrah'an tak lama lagi. Lepas habis kerja kat Southampton ni, i'm making a career change; still in the medical field, but pasni dealing more with students!

Haha...yes, macamana i katakan hijrah ni menuju Allah? Well, i'm hoping that i'll have more time for myself, my family and beribadah kepada Allah.

Mmgla kerja doktor yg rawat pesakit tu suatu ibadah yg besar, tapi as i've said it before, dia banyak grey areas, it is mentally, psychologically and physically challenging, and well, i've lost my will to live in it (i.e dah lost interest). Biarlah mereka yg lebih berminat dan masih sanggup bekerja keras, berkorban masa, tenaga dan diri mereka untuk pesakit2 yg deserving ni.

I think half my life now, (27 bahagi 2=about 14 years) i dah spend time away from my family, pergi menuntut ilmu di sek asrama/ luar negeri...i rasa i'm missing in A LOT of things..

Pasni, it's All my family time..and i've set new ambitions yg i'm more interested in..;D..untuk Kebahagiaan di dunia , tapi yg lebih utama, di Akhirat..

Well, this career change is only 1 of them, ada banyak lagi new heights yg i nak pelopori ;)

Thursday, 24 March 2011

Nak balik kampung!!! :((

I've been off from work 4 days since Monday. Post-Nights la katakan..haha. Tak pernah rota so relaks sebegini. Dlm 3 bulan buat ITU ni, rasa mcm kerja 1.5 bulan je. No, don't be mistaken kanak2 yg nak jadi doktor. Jarang sekali kerja doktor akan serelaks sebegini. ITU kat hosp ni je camni

Masalah sekarang ialah malasnya...nak go back to work tomrrow!!!. Masalah ITU ni so specialize, semua orang at least pangkat trainee in a specialty. Aku ni baru 2nd year house-officer. Banyak gila tak tau. klu buat weekend / nights yg ada 3/4 org je on duty...mmg yr team-mates will grooaannn...cos they know u'll need a lot of support.

Okla complain sikit. This was what i wanted dulu2 masa junior HO. I tak tahan betul kerja on the ward. Jadi kuli over-worked, not appreciated, tak byk belajar pun. Dapat A&E and ITU byk senior support, but u r the most junior la....

Malas la layan omputih ni...
Dahla org slalu igt i belum habis belajar..taula muka aku ni sgt muda kan. Org igt i baru 18..Tqla...but i xla flattered sangat.

I tak tahan dah nak duk sini....please...7 tahun kat negara orang yg x best ni....limit yg dah di push and over-pushed!

I rasa i lagi ikhlas kerja kat Msia kot. Pesakit pun org sendiri. Bukanla omputih yg x appreciate and under-estimate org kita ni...

But i rasa i'm losing my empathy, sympathy, patience with clinical...probably losing them for good. Zaman sekarang ni, society's hard to please. Buat salah, x buat salah. pastu kena jaga hati patient, family, etc. other healthcare professionals pun hentam kita jugak. Kita pulak je yg kena maintain sabar, senyum je, be professional.

Also, there are a lot of grey areas in medicine ni. I don't like!

I like black&white, something i can do sincerely, and most importantly something yg will give me more time for my family. I rasa i dah spend too much time away from my family. And there's too much they have sacrificed for me to be here. I prefer something i can be independently successfull in, yg i minat...

WAAAHHHH!!!! (wailing out loud).....nak balik kampung!. Tak kesahla kampung nenek aku kat Johor ke kampung (rumah aku) kat Kelana Jaya ke...Dah tak tahan duk sini!!!

Nak balik!!!!

Tuesday, 22 March 2011

Berbakat, ada masa depan, tapi....


Pakcik ni...seriously ada bakat, ada masa depan dlm bidang hiburan-....nyanyi oklaaa....berlakon, i think klu coach lebih sikit boleh pegi jauh....tp klu depa pi tgk dia bagi pendapat/ jawab soklan interbiu, mmg ada tokoh jadi penceramah motivasi ke/ pendakwah pun boleh...

I kurang gemar satu je dgn budak ni (apsal dr pakcik jadi budak ni?)....i have good instincts about ppl...mmg my 1st impression about ppl always turn out to be right punya.

So, utk dia ni, i rasa dia naturally nice person yg ada background agama yg kuat kot... katanya dari kecik dia selalu wakil sekolah benda2 like mengaji, hafazan, nasyid, etc...paling aku kagum is actually wakil negeri Perak pertandingan Qari peringkat Kebangsaan!- ni semua i dapat from website/ blog Saujana.
Dia ni dulu pernah masuk Saujana kejap. Ganti original members. And ada a member of Saujana punya blog ada cerita pasal dia ni; diala yg actually kata pakcik ni sgt berbudi bahasa, caring brother towrds sibling, hormat org tua, and from this blogla yg actually kata dia ni byk ilmu agama...

Heheh...kira bukanla sgt aku punya 6th sense yg cakap...

Also, klu tgk diari AF tu nampakla..what sort of person he is...lainla cara budi bahasa dia tu...felt very sincere and & it's a totally  different level of budi bahasa (a very high one is what i mean)

Anyway, so mmgla as i said, nampak sgt dia ada bakat dlm he multi-facets of hiburan....cumanya, i tertanya2, boleh ke dari segi Islam?

Klu tgk diari tu, pernah ada tunjuk, mak dia kata, he told his mum, the reason he wanted to enter the entertainment industry is it is a way for him to berdakwah..

Hmm....tapi...tu la..kan...bila dah start pegang perempuan bukan muhrim tu....hmmm...

Well, i guess, itu rezeki masing2. Dia ni diberi rupa yg elok, bakat yg go with the rupa, peribadi elok, tau ngaji& ada ilmu agama...Tapi dia diberi dugaan, bagaimana nak guna anugerah Allah pada jalan yg diredhai....

I just hope he chooses the right path...

Aaahhh...feels sooooo gooodddd!!!

Pertama2 sekali, nak ckp sorry kpd my dearest blog sbb lama tak ada entry. Sorry ye sayang, i was in a bit of dilemma, plus kerja malam over the weekend. Takde mood sgt nak meluahkan perasaan on the blog.

Tapi harini rasa LEGA sesangat sbb satu reason; Alhamdulilah, mama telah memberi keredhaan sepenuhnya terhadap my future plans which of course impacts on the re-organisation of my priorities...

Now, i can start focusing properly, insya Allah..

Thank you, Allah!

Thursday, 17 March 2011

Mama kata 'Everything happens for a reason'

Heheh..

Ok, Mum!

If u say so :)

U r the boss!..hihi

I also x tau kenapa mama ckp mcm tu harini..
The above statement is a well-known fact-of-life. She knows i know...so...kenapakah?

Adakah kerana the recent revelation...that led to my re-organisation of priorities?
But telling me that statement certainly is not giving me the impact it needs to change my mind back...hmm

Anywho....Semoga Allah memberi kesejahteraan, kesihatan dan kebahgiaan hidup kepada kedua ibu bapaku dan memanjangkan umur mereka..Amin.

Wednesday, 16 March 2011

Jiran dtg berkunjung setelah 4 bulan pindah rumah baru.....

Heheh....sbnarnya cerita ni is not as simple as the title sounds...

I buat as blog post as a reminder to put in my book..

So, wait for my biography, folks!

Re-organisation of priorities

Actually, i started by writing about my new-found freedom, but ntah kenapa tak dapat save. Mungkin ada hikmah entry tu Allah tak kasi org baca...hmmm

Anyway, with the new-found freedom, insya Allah from this point onwards, i'll be pursuing things that are closer to my heart. Dgn harapan i have more time for family dan menjadi khalifah Allah yg diredhai.

Dan dgn ini, priorities yg i nak postpone, i'm bringing them forward...cos life is short..so, you have to make every second count!

Saturday, 12 March 2011

1) Istiqamah 2) Menjaga hubungan sesama manusia

This year has been a truly spiriual journey indeed..

1)
I think a lot of people has experienced in their life the importance of beristiqamah dalam melakukan kebaikan ataupun melaksanakan sesuatu ibadat..

You know, cthnya kita mula melakukan sesuatu kebaikan atau menambah amal ibadat demi mendekatkan diri kita kpd Allah. Kita sgt2 disyorkan supaya terus mengekalkan atau melaksanakannya terus-menerus secara konsisten. Bukan mula dan berhenti separuh jalan..ataupun org kata, 'hangat2 tahi ayam'..

Sesungguhnya dengan beristiqamah, bukan sahaja kita dapat mengekalkan& menguatkan hubungan baik kita dgn Allah, tetapi juga kita dapat memperbaiki diri kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

2)
Menjaga hubungan sesama manusia.

Keluarga, saudara-mara, sahabat handai, rakan sekerja.
Here, i think it's a bit difficult to generalise. Maybe i je kot yg belum terer...
Klu i, i tend to be lurus bendul..tak pandai nak tipu/ cakap putar belit/ try to take advantage of others..
I also masih banyak kena belajar nak ambil hati org, u know..bukan saje2 ambik hati,...ambik hati utk jaga perasaan org. I kdg2 too honest, tak berlapik. I meant well, but ended up hurting others.

Some ppl, dlm menjaga hubungan sesama manusia, somehow gets by, by lying, blackmailing, stepping on others' toes, being in cliques- maksud i geng dgn yg ada importance je la..
Pastu pandai bodek from ppl yg ada kepentingan.


I tak tau how to buat conclusion from the above 2 points...sbb i pun masih ada kelemahan...

cuma;

Allah dah kata dalam Al-Quran, kdg2, although kita tgk org tu tak mengamalkan ajaranNya ke tapi hidup dia nampak senang-lenang sekalipun, itu hanyalah sebahagian drpd Ujian Allah terhadap mereka. Sama sepertimana Allah menguji org2 yg beriman/  org2 soleh dgn dugaan2 yg sukar-dua2 adalah Ujian.

Jadi, terpulang kepada diri masing2 macamana mereka nak menjalankan hidup mereka. Cuma, ingatlah kehidupan di dunia ni hanya sementara. Kehidupan akhirat sajalah kehidupan yg hakiki..

Friday, 11 March 2011

Akhlak sama cantik dgn rupa

@ UK ni, i biasa pasang Nasyid FM kat internet, tetiba terdengar lagu di bawah, nyanyian Saujana. Lagu ni tak famaous pun dulu2. But i guess, they are just playing any songs from any of the nasyid groups' albums. I recognize lagu ni cos dulu used to be 'kipas susah mati' Saujana....heheh

Anyway, bila terdengar lagu ni, i ter-reflect diri sendiri, org2 lain yg i kenal, masyarakat umum, etc...mmg jarang sangat jumpa org yg lawa/ kacak yg also berakhlak / berperibadi tinggi...vice versa la...bila i kata berakhlak mulia ni, not just normal basic courtesy, u know, akhlak mulia berdasarkan Al-Quran and menganjurkan ajaran Al-Quran as well

Org kata One in a Million?...

Lirik lagu 'Akhlak Mulia'

Umpama Bebunga Yang Mekar Indah Di Taman
Akhlak Yang Mulia Pada Insan
Harum Mewangi Menghias Peribadi
Siapa Memandang Jatuh Hati

Akhlak Yang Istimewa Lumrah Dari Nur Iman
Umat Yang Bertaqwa Pada Tuhan
Hati Yang Suci Tunduk Pada Ilahi
Dunia Akhirat Dijanjikan Bahagia

Oh...Alangkah Indah Kehidupan
Masyarakat Berakhlak Mulia
Tuhan Akan Memberkati
Rahmatnya Melimpah Murni
Semua Hidup Aman Dan Harmoni

Pakaikan Di Hatimu Dengan Akhlak Mulia
Suburkanlah Dari Noda Dunia
Kenalkan Dengan Cinta Kasih
Yang Sebenarnya Pada Tuhan Yang Esa

Lukiskan Di Jiwamu Dengan Akhlak Yang Murni
Taburkanlah Dalam Diri Cinta Yang Tulus Suci
Pada Tuhan...


Unfortunately, this beautiful song not on YouTube...so kita link lagu lain, ok? ;)

This clip pun mengingatkan i about the topic of Akhlak/Peribadi sama cantik dgn rupa..

Keluarga Bahgia :)

Thursday, 10 March 2011

Membahagiakan ibu bapa

Very important.  More importantly a reminder to myself.

Includes excerpts from khutbah solat Jumaat, 18 Jun 2010, Masjid Bandar Baru Senawang. Khatib menangis semasa sedang membaca khutbah di bawah;

Bagaimana membahagikan ibu bapa?

1) Memberi kasih sayang & perhatian.

Mampukah kita mencurahkan kasih sayang Setanding dgn yg telah mereka berikan?

Islam  mengajar  umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang  bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.
 
Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita,  menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.
 
Ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan  dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

2) Memenuhi permintaan.

Berbakti kepada ibu bapa lebih utama drpd melaksanakan ibadat2 sunat spt solat/ puasa.
Malah juga lebih utama drpd berjihad di medan perang.

3) Melakukan apa yg disukai.

This is very wide. I would interpret it as never to menjatuhkan air muka mereka.

Ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT,  sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.


4) Bercakap dgn lemah lembut.


Remember when we are always told, not even 'Ah...'

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.
  
5) Menghadiahkan kejayaan.


6) Meluangkan masa bersama mereka.


7) Mendoakan kebaikan ibu bapa.

Menyayangi Ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’,  Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.
 
Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah  roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan  sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.
 
Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita.  Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan  dan melakukan dosa besar.
 
Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan.

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
 
Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)
 
Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”

Mari sama-sama mengambil iktibar, Insya Allah.

Wednesday, 9 March 2011

Selalu tukar fikiran..

I tak tau la is it just me or semua org pun melalui phase yg sama...

Eg specialty yg i wanna choose in the future...I started medical school wanting to do Surgery. Pastu, sometimes ada la my mum encourage O&G.

Bila 3rd year med school je, u know, bila dah start clinical, changed my mind to A&E.....sampaila dah 2 tahun working as a doctor nie..still A&E in mind

we'll see in August, bila dah habis jadi junior doc nie....whether i still want to do A&E...hehehe..sbb by that time kita dah mkn lebih byk asam& garam&cuka, kan?...heheh

Tu, contoh pertama i selalu change my mind..

Lg satu is on which 'celebrity' i like....actually the story goes a bit differently...hihihi...takpela..this is only for my housemate to know...ni pun selalu tukar fikiran jugak....

Muahaha...Wani, i'm sure u have had countless times of me kejap cakap nak, kejap tak nak...xpe Wani, 4 more years now, Insya Allah..

Berserah...

Each time i encounter a major crossroad in my life i.e. have to make life-changing decisions. mmg i straight tanya either one of my parents or both..

Sbb;
1) Nak mintak pendapat, ye la, they have lived longer than me. And they know me. So pengalaman hidup + apply their knowledge about me, Insya Allah akan dapat nasihat yg terbaik

2) Nak mintak restu, syurga kan di bawah telapak kaki ibu..bapa pun sama la..without them, i won't be here

But, in the end, walaupun dah mintak pandangan parents, pendapat orang2 lain yg pakar dlm bidang masing2, pilihan terletak di tangan kita..

Harini, rasa tertekan sikit sebab, dlm byk2 choices ni, obviously u will be torn when pros & cons are equal...or when the pros on what you don't like are more than the one that your heart likes...

Di sini...i hanya berserah....biarla..mana2 pun...Insya Allah bila tiba waktu kena make the decision, Allah will point to me towards the best direction..Amin.

Tuesday, 8 March 2011

Wanita - wanita perindu syurga

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1810-wanita-wanita-perindu-syurga.html

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
1) Bertakwa
2) Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk
3)Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu
4) Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
5) Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6) Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
7) Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8) Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki
9) Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10) Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
11) Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
12) Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)
13)Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14) Berbakti kepada kedua orang tua
15) Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Why i want to start blogging?

Dulu pernah start sebenarnya..sometime early last year. Tapi pastu stop tengah jalan. Cos lost motivation..haha.

Dulu, i used to like meluahkan perasaan on my fb page...status panjang2 berjela..Tu yg i decided nak start blog. Pastu byk pulak private stuff i want to write about. I thought, baik tulis diari. Tapi, tu pun i tak ter-buat.

Lately ni, Alhamdulillah, i rasa tenang and i'm feeling comfortable keeping my thoughts/ problems to myself. Or rather mengadu kepada yg Esa. Lgpun sesungguhnya, segala yg datang kepada kita telah ditakdirkan olehNya. And a reminder to myself as well, klu kita simpan masalah kita drpd orang lain dan hanya mengharap kepadaNya, InsyaAllah kita akan mendapat pertolonganNya.

Actually, i selalu jugak vent my problems to my house-mate of 2 years!..waahh..mmg byk la ntah apa2 ntah i selalu nak complain..Lgpun, kita as manusia kan memerlukan manusia lain in one way or another.

Kita mengharap pertolongan Allah, tapi munkin jawapannya datang dlm bentuk bantuan drpd manusia lain kan,...tu la contohnya...

Yes, i'm  complainer. Tu salah, ni salah...selalu i x puas hati dgn diri sendiri la...i'm in one way what you call a perfectionist.

Tapi, dah umur mau dekat 30 ni, i nak slow down complaining...i want to start counting my blessings..

Mengharap kesihatan yg baik, rezeki yg halal, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa, insya Allah..

Sbnarnya, i dah start rasa sakit2 badan, cepat penat, mcm org tua.. tu yg risau tu..hmmm

Oh, and finally, the reason i nak start blogging cos i dgr FB dah nak tutup!...haha